PENGENALAN
Kami mempunyai kepakaran dalam Seni Binaan Miniatur.
Diperbuat daripada Lidi Buluh Sate sebagai bahan asas binaan
memberikan satu keunikan hasil binaan miniatur yang menarik.
Bangunan komersial, rumah moden, rumah tradisional, bangunan
warisan dan bersejarah, resort, surau, gazebo dan apa jua binaan atau
rekabentuk yang diinginkan, kami bersedia membantu membina bagi memenuhi
kehendak anda.
Sesuai untuk perhiasan pejabat, perhiasan rumah serta bahan
koleksi yang mampu mengimbau nostalgia lama anda. Juga boleh dijadikan cenderamata,
cenderahati dan buah tangan yang menarik untuk rakan-rakan anda.
Lengkap dengan frame kaca, landskap sekeliling yang menarik
dan hiasan mengikut permintaan pelanggan.
BAGAIMANA UNTUK MEMILIKI?
4 langkah membuat tempahan :-
1) HANTAR PHOTO
- Hanya perlu hubungi dan hantarkan Photo ape jua
yang ingin dibina (4 gambar dari sudut yang berlainan adalah yang terbaik)
- Hantar kepada kami melalui whatApp
013-3948040 (Zun).
- zunnlegacy@gmail.com
- Keperluan untuk melawat ‘site’ akan
diusahakan mengikut keadaan dan jarak jauh.
2) KAMI TELITI
- Kami meniliti photo dan berbincang dengan
pelanggan
- Persetujuan akhir rekabentuk dan harga
- Pembayaran dilakukan
3) KAMI BINA
- Membuat miniature/barangan tempahan dalam
masa yang ditentukan
4) KAMI HANTAR
- Melalui penghantaran kurier, pos atau penyerahan secara terus dsb.
'PHOTO GALLERY'
Hasil-hasil miniatur yang dikehendaki pelanggan.
|
Kerja-kerja terakhir sebelum dihantar ke pelanggan.
|
Contoh model rumah moden yang dikehendaki pelanggan.
|
Hasil binaan ini mengikut model photo rumah (seperti photo di atas).
|
Kerja-kerja awal pembinaan rumah moden.
|
Bahagian bawah dan atas rumah
telah dibentuk.
|
50 peratus binaan telah dihasilkan.
|
Rumah Tradisional Melaka dengan rekabentuk bumbung Limas.
|
Kerja-kerja awal pembinaan rumah tradisional.
|
Hasil rumah tradisional dari pandangan sisi tepi kiri.
|
Pandangan dari sisi tepi belakang.
|
Penggunaan gam khas dan ‘varnish’ menghasilkan binaan yang kukuh, licin dan berkilat. |
Bangunan berbumbung limas serta rekabentuk tangga lebar adalah ciri-ciri rumah tradisional Melaka. |
Penggunaan lidi sate sebagai bahan binaan memerlukan
hasilkerja yang halus dan teliti.
Bangunan warisan ‘Eiffel Tower de France’ antara tempahan
pelanggan.
Resort Terapung. Pandangan sisi belakang Resort. Pandangan pelantar sisi depan Resort. Kerja awal pembinaan Resort miniatur. |
Pandangan Pelantar Resort.
Projek seterusnya. Pembinaan model rumah banglow.
Antara model hasil barangan perhiasan/cenderamata sebagai produk pilihan.
ANDAI BERMINAT...SILA HUBUNGI KAMI
013-3948040 (Zun)
zunnlegacy@gmail.com
KUALITI SENI KEUTAMAAN KAMI